pregnancy due date
Showing posts with label Diari Harian. Show all posts
Showing posts with label Diari Harian. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

Check-up 7 Julai

Aku baru balik dari check-up. Yee ha!! Hb aku naik akhirnya. Ujian hari ini menunjukkan hb aku 12.3. Alhamdulillah, dah atas 11. Syukur sesangat.Lain2...semua normal. Berat 69.5kg, tekanan darah : 110/70.

Dapat taklimat dari misi. Sekarang ada program teman kamar bersalin. Sebelum ni, hospital BP, memang membenarkan suami temankan isteri semasa di bilik bersalin, tapi lepas tu dah takde. Sekarang di adakan semula, tapi suami dan isteri perlu menghadirkan diri untuk taklimat teman kamar bersalin ni dan dapatkan sijil, serta surak akujanji. Huhu...punyalah susah. Padahal anak kedua dan ketiga dulu, suami aku memang dah temankan aku pun masa di labour room. Yelah, tapi itu bersalin di Jessop Wing, Sheffield. Ini di Batu Pahat, mana sama kan. Midiwfe tu siap suruh SRD gunting sendiri tali pusat Abid, SRD jer yang taknak, takut salah kata dia.

Tapi, dah syarat di sini begitu, terpaksalah ikut kan. Balik jer terus aku call no yang di beri misi untuk buat appointment bagi mengikuti taklimat tersebut...huhu tapinya no not in service lah pulak. Biar betul. Terpasksa aku telefon semula klinik, mintak no yang betul...kot aku salah salin. Sekali kena sound dengan misi...

Saya suruh tepon pukul berapa?? Kan saya cakap petang, pagi biasa orang sana bz. Nanti saya yg kena marah balik ni....

Ha! begitulah ayatnya..haha. Aku pun cakaplah, saja nak try no tu betul tak..haha. Sekali dapatlah no alternatif lain. Siap dia ingatkat sekali lagi, telefon selepas pukul 2. So, hari ni pukul 2 petang keatas nak tepon buat temujanji.....Aku memang nak SRD berada di sisi aku sentiasa seperti yang sebelum2 ni. Tak mahu seperti anak pertama dulu....

Monday, July 5, 2010

Rentetan check-up 20 June

Sesungguhnya malas betul nak update blog ini..huhu. Ini cerita check-up 2 minggu lepas. Lamanya baru aku nak tulis di sini. Hb masih lagi rendah. Naik 0.2 saja dari 10.3. Aku perlu lebih usaha agak hb naik. Misi cadangkan cara paling mudah. Makan ikan bilis banyak2. Makan kena dengan kepala dan taik2 dia sekali..huhu. 

Minggu pertama lepas tu, adalah aku ikut. Tapi lepas tu tidak..huhu. Tapi aku banyakkan makan kerang dan syur hijau. Ubat iodin yg warna coklat tu pun aku makan 4 biji sehari. Ikut pesanan misi juga. Harap2 check-up 7hb nanti hb aku melepasi tahap 11. Kalau tidak misi kata, darah aku akan di ambil banyak untuk di uji..huhu. Tu yang tak mahu tu. 

Aku semakin kerap letih. Kaki pun dah mula bengkak. Tapi aku lihat bengkak sebelah jer..hehe. Cerita lain berkaitan pregnancy kali ni ada di sini.

Hati dan perasaan semakin berdebar. Persiapan rasanya dah siap sepenuhnya. Tapi aku belum kemaskan beg yang perlu di bawa ke hospital. Biasa memang aku siapkan awal. Taku terkocoh-kocoh nanti. Kadang2 rasa risau juga. Baby macam dah kurang aktif. Tapi aku kira masih lebih 10 pergerakan sehari yang kuat. Cuma dia tak berapa aktif seperti sebelumya. Perut dah semakin kecik agaknya. Berat aku pun tak naik banyak kali ni. Dari mula tahu pregnant sampai sekarang, cuma 8.5kg jer naik...huhu. Pinggang dah selalu sakit2. 33 hari sebelum tarikh due date yang doktor beri. Kalau ikut tarikh scan terkahir, kurang 2 hari. Semoga semuanya di permudahkan...Aminn.

Wednesday, June 9, 2010

Check -up hari ini...9 June

Hohoho...kad merah aku sudah ada tanda hijau. Macam mana ni? Risau pulak. Hari ini, kandungan aku dah hampir ke minggu ke 32. Bila di periksa, Hb aku makin turun. Hb hari ini 10.3..aduss! Terus misi lekat pelekat hijau pada buku merah aku, menandakan aku ada anemia. Tulah..selalu sangat terlupa makan ubat coklat tu. 

Berat pun menurun dari yang lepas. Turun 1kg, apa dah jadi ni. Aku rasa selera makan ok jer..huhu. Tapi baby gerak memang laju...boleh kata, hari2 perut aku bergegar...dia seperti bermain bola sepak dalam perut aku. Ligat dan lasak. Ibu harap baby ok yer sayang.

Seperti biasa, aku di nasihatkan makan ubat, banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi sepertia kerang, hati, sayur-sayuran hijau, jus buah-buahan. Aku rasa semua aku suka makan..tapi kenapa ekk hb rendah juga....dah nak dekat ni, risaunya!!!

Nasib ada part yang best. Aku register pukul 7.55 pagi. Dapat no 9. Pukul 8.45 aku dah sampai rumah semula...sungguh efisien misi di klinik Senggarang ni. Aku suka sangat, tak  perlu menunggu berejam2 seperti di klinik sebelum ni.....

Thursday, May 13, 2010

Monthly check -up..

Ok sambungan dari entri sebelumnya...

24 Mac 2010

Kali pertama aku ke klinik kesihatan Senggarang. Semuanya berjalan lancar. Aku daftar pukul 815, pukul 930 dah siap semua. Aku suka!!! Cepat betul dari klinik sebelum ni. Biasa kurang2 3 jam baru settle., kadang2 terlebih. Misi pun semua ramah tamah, baik2 belaka. Ada sessi datang ke rumah lagi. Mereka begitu teruja nak datang rumah aku, katanya rumah baru kan. Nak tengok macam mana? Siap cakap, nak masuk sampai dapur yer dik..huhu. Keputusan check-up hari itu, berat = 64kg, Hb = 11.8, Bp = 120/80, tempoh hamil = 21 minggu 3 hari. Next meeting 21 April 2010.

12 April 2010

Belum sampai dari tarikh yang di janjikan, aku dah ke klinik lagi. Soalnya, malam itu perut aku sakit yang amat sangat. Sampai tak boleh tidur. Paginya pula kepala aku pening, macam nak pitam. Dah muntah2 dua kali, ada juga cirit-birit sikit. So, cik abang aku risau, jadi dia suruh aku ke klinik juga hari itu. Lama juga aku di periksa. Urine test ada sedikit kotor, test yang lain, semuanya normal menurut misi. Mereka agak risau juga, takut ada benda yang tak nampak. So, esok ada misi akan datang ke rumah. Lepas tu 14 April aku kena datang lagi ke klinik. Tekanan darah agak rendah...Hb = 11.2, berat 66kg.

13 April 2010

Seorang misi datang ke rumah. Tekanan darah aku dah kembali normal, 120/70. Alhamdulillah, tapi pening kepala aku masih kuat. Misi minta aku banyak berehat.

14 April 2010.

Aku ke klinik lagi, kerana ada appointment dengan doktor. Doktor scan perut aku, semua nampak ok. Katanya, mungkin aku penat sangat. Sambil dia lihat dua orang anak-anak aku yang ikut masa tu. Semua lasak..siap boleh panjat sana sini. Stress mungkin katanya. Lagipun, masa ni aku tengah sibuk dengan persediaan kenduri housewarming rumah aku. Lain2 semua ok. Berat dah jadi 66.5kg.

12 Mei 2010

Kali ini bila aku sampai, buku aku yang dalam simpanan mereka hilang entah di mana. Dengarnya ada misi datang rumah aku Sabtu sebelumnya, tapi aku tiada di rumah. Mungkin pada misi itu, tapi dia cuti. Sempat bertemu jiran aku yang juga buat check-up hari itu. Aku kena cucuk kancing gigi...huhu rasa sengal2 tangan lepas tu. Hb = 11.1, Bp = 110/70, usia kandungan 28 minggu 2 hari, tinggi rahim 27cm. Problem pada berat 65.5kg, turun 1 kilo dari bulan lepas. Siap misi suruh aku pegi timbang 2 kali...Aku pun tak tahu kenapa, tapi kebelakangan ini, memang selera makan aku kurang. Aku risau juga, rasa macam perut aku ni kecil dari biasa, maksud aku kecil berbanding waktu aku pregnant yang sebelum-sebelum ini. Harap-harap baby dalam perut aku ni sihat hendaknya.....Dia memang aktif terlebih. Aku rasa sama aktif macam Aqil dulu. Bergegar-gegar kadang tu perut aku. Sepertinya dia berlari kesana ke sini..hihi. Hopefully everything is fine.

Wednesday, February 24, 2010

Aku mungkir janji!!

Huhu..sungguh aku tak berkesempatan melaksanakan diari online ku ini. Kenapalah agaknya. memang agak bz di awal tu, Apa pun aku nak cuba tulis apa yang aku tertinggal. Walaupun tak ingat 100% sikit2 tu adalah.

4 Januari 2010

Kali pertama aku buat antenatal check-up untuk pregnancy kali ini. Buat di klinik kesihatan Parit Raja. Macam biasalah untuk buat buku merah kali pertama macam2 soalan dia tanya. Aku pun dah tak ingat sangat dah. Masa ini kandungan aku berusia 9 minggu 6 hari. Keputusan check-up hari itu, Berat = 61kg,Hb = 11.8, BP = 110/70. Lain2 semua ok, aku kurang selera makan sikit. Aku kena datang lagi untuk jumpa doktor 20 Jan.

20 Januari 2010

Temujanji kedua. Appointment bersama doktor dan juga dentist. Ada ker status gigi aku C. Huhu....tapi tak kena tampal atau apalah. Jumpa doktor pun takde apa sangat. Keputusan check-up hari itu, berat = 62kg, Hb = dia tak ambik, BP 110/70. 

22 Februari 2010

Ini appointment aku yang terakhir di klinik Parit Raja. Masa ni aku dah pun pindah Senggarang. Aku ingat kami pindah pada tarikh 14 Februari. So, masa perjumpaan kali ini, aku dan beritahu aku dah berpindah. Aku rasa inilah perjumpaan mengambil masa paling lama. Mana taknya, pukul 2 petang aku sampai, 530 petang baru selesai..huhu. Memang tak suka pegi klinik ni, lama sangat ambil masa. Orang pun ramai. Keputusan check-up hari itu, berat = 62kg, Hb = 13.3, BP 90/60. Huhu..kenapalah bp ni makin rendah...

Ok..kita smbg jap lagi. Pening kepala pulak...haha

Thursday, December 31, 2009

31 Disember 09 - Scan pertama

Seperti yang dijanjikan, hari ini aku ada temujanji untuk scan yang pertama bersama Dr Saidatul. Berdebar2 juga tunggu tu. Aku mcm masih was-was sebenarnya, betul ker dalam perut aku ni ada baby...hihi.

Bila dah buat scan, terbukti ada kan..seronok sangat. Alia paling seronok, nampak adik dia dalam perut. Abid pun sama ternganga jer tengok..huhu. Alia kata, keciknya adik ibu? Bila dia nak keluar..haha.

Bila dengar bunyi degupan jantungnya diorang lebih rasa excited. Bila dah buat scan ni, tarikh EDD nya berubah . Kandungan aku mengikut scan baru berusia 8 minggu 3 hari. Aku pun sebenarnya ingat2 lupa aku punya tarikh last period hari tu. So, EDD menurut scan jadi 9/8/2010. Huhu...1 Ramadhan tahun ni kalau ikut kalendar jatuh 11/8, maknanya  ngam2 nak puasa aku bersalin. Sebulan lah kena ganti puasa ni...huwaaa.

Ok kita tengok gambar scan tadi. Oleh kerana scanner printer aku buat hal, gambar scan baby ni aku ambik guna kameralah. Macam tak berapa clear..tapi oklah tu.




Wednesday, December 30, 2009

23 Disember 09

Susulan dari aku asyik rasa nak pitam dan mabuk, aku plan nak terus buat buku merah. Makanya aku ke ke klinik kesihatan Parit Raja hari Rabu tu. Tapi, sampai di klinik, dia kata, nak buat buku baru datang hari Isnin depan...huhu. So, terlanjur dah keluar rumah, dan niat di hati nak jumpa doktor, aku ke PKU.

Sampai sana, aku pun beritahulah masalah aku. Doktor check tekanan darah semua, pernafasan semuanya ok. Takde masalah. Akhir sekali dia ambil darah aku untuk lihat kandungan hemoglobin dalam darah. Keputusannya juga normal. Everything is fine. So, doktor kata, mungkin pembawakan budaklah. Nothing to worries. Lega rasa. Dapat acid folic sekali. Aku tanya dengan dia, ok ker kalau aku buat buku merah Isnin nanti. Doktor kata, nanti dulu. Dia suruh aku datang Khamis 31 Disember untuk buat scan. Lepas scan nanti baru pergi buat buku merah kata dia. Senang nanti, semua maklumat dah lengkap. Hmmm..aku ikut ajerlah. So, tak sabar nak tunggu Khamis untuk scan..hehe.

Tuesday, December 22, 2009

22 December 09

Dari hari Rabu malam di rumah mak di Melaka. Jadi aku tak sempat nak tulis apa2 dalam diari ni. Tiada apa yang baru pun. Cumanya aku tak boleh lapar. Aku rasa setiap satu jam makan, aku akan mula lapar semula. Mesti sentiasa nak mengunyah. Lambat saja masuk makanan dalam mulut, terus rasa mual, mula rasa nak muntah. Hai! Kenapa agaknya. Pulak tu, aku malas betul nak memasak. Masak2 juga, cuma aku lambat-lambat, sbb memang mood nak masak tu takde. Makan pun nak yg masam aje. Kalau dapat tom yam, atau asam pedas, atau asam kacang..nikmatnya rasa. Asyik nak menghirup jer. Satu lagi tak boleh berdiri lama2. Mula terasa nak pitam. Apalah masalah aku peknen kali ini ni.

Aku rasa macam nak pegi buat first antenatal check-up awal pulak. Sebab aku rasa lain macam jer. Atau mungkin memang simptom awal kehamilan yg normal. Baru nak masuk 8 minggu. Aku plan masuk minggu ke 13 baru aku nak pergi buat buku merah tu. Eh! Bila ekk masa paling elok buat first antenatal check-up tu?..huhu. Lupa lak. Yelah doktor klinik An- Nur tu pun cakap kat aku hari tu bulan Jan. So, betullah kan dalam minggu ke 12 atau 13? Hmm...

Klah, aku nak masak sesuatu. Kejap lagi mesti aku lapar lagi.

Tuesday, December 15, 2009

15 Disember 09

Pregnancy kali ini agak berbeza dari yang sebelumnya. Aku agak mabuk. Yang sebelum2 ni, aku takde problem ni. Takde morning sickness atau yg seangkatan dgnya. Biasa aku demam sedikit jer. Tapi kali ini, aku tak demam, tapi mabuknya..aduhai. Bangun pagi jer, mulalah rasa nak muntah jer.

Last weekend, kami ke Melaka. Balik dari Melaka ke Parit Raja, keluarga aku ikut sekali. So, kami naik satu kereta. Ayahku duduk di seat depan, Jadi aku terpaksa duduk di seat belakang. Tapi manalah aku tahu, mabuk aku ni agak teruk. Dalam perjalanan tu dah mula rasa pening. Sepanjang perajalanan, aku asyik menguek jer...haha. Kejap-kejap uwekk..pas tu uwekkk lagi. Mak kata, lain macam jer ko ni. Terus mak kata, aku patut duduk depan. Bila berpindah tempat, barulah aku ok sikit. Agaknya duduk di belakang, goncangnya lebih kuat kot..hehe.

Kadang2 macam rasa baby dah bergerak pulak. Biar betul..baru nak masuk 7 minggu. Atau aku jer yg perasan..dah tak sabar..haha. Apa-apa jerlah. Harap baby aku sihat....aminnn.

Friday, December 11, 2009

11 Disember 09..

Bangun pagi tekak makin rasa mual, pening kepala.Hmmm...

Semalam teringin sangat makan lamb chop. SRD belanja lamb chop di restoran Serambi Rasa. Not so bad, tapi lamb nya besar sangat..tak terhabis aku makan...huhu

SRD belikan ini untuk aku. Susu Anmum Materna untuk ibu2 mengandung. 



Thanks abah...
Dan pagi ini aku dah minumnya satu mug.



Pekat rasanya. Nasiblah aku memang penggemar susu. Kalau siapa yang tak biasa minum susu mesti tak boleh minum punya..hehe




Ini pula rupa ubat yang aku dapat semalam dari klinik An-Nur. 2 jenis yang besar2 tu tak tertelan aku..huwaa.

Thursday, December 10, 2009

10 Disember 09 - 4.40pm

Tiba-tiba aku teringat satu perkara. Perbezaan antara di sini dan sewaktu aku peknen di UK dulu. Al-maklum dah dua kali bersalin di sana..aku dah terbiasa dengan sistem di UK.

Aku teringat, masa mula2 aku dapat tahu aku peknen, buat jer appointment dgn GP(family doktor), dia buat check-up dan aku di sahkan mengandung. Terus dia isi borang untuk appointment aku seterusnya dengan hospital. Selepas daripada itu, aku tunggu jer surat dari Hospital, bila aku patut pergi buat check-up yang pertama, siap dengan tarikh dan masa sekali. Semua tersusun mengikut jadual. Aku suka begitu. Tapi di sini, selepas jumpa doktor klinik panel tadi, aku yang tanya dia, bila patut aku buat check-up pertama, dia kata, dalam bulan Jan dah boleh pergi ke klinik kerajaan untuk buat check-up. Terpulang...hmmmm....sungguh berbeza.

10 Disember 09 - 1.25pm

Akhirnya aku ke klinik An-Nur bersama Alia dan Abid. Aqil tak nak ikut, jadi dia tinggal seorang di rumah. Kepala makin pusing, perut rasa senak. Aku jadi bimbang. Tak boleh jadi harus ke klinik juga.

Sampai di sana, jumpa doktor, aku katalah, aku sakit perut, nak tidur tak selesa, mengiring rasa tak selesa. Mual2 semua. Dia tanya bila last period...hmm as usual. Aku dah siap2 bawak urine aku, so senang nanti. Aku buat macam aku tak tahu. Takpelah..boleh confirmkan. Akhirnya....



jeng..



jeng..



jeng...






Tepat, sama seperti test yang aku buat sendiri di rumah. Aku di sahkan positif peknen lagi. Due date menurut doktor 5/8/2010, tapi mengikut apa yang aku kira di internet 4/8/2010. Dekat2 saja...salah satulah tu kan. Tapi, aku ambil kira yang awal..haha

Lagi sekali, aku kompius kenapa perut aku sakit. Doktor kata, perut aku masuk angin. Dia tanya belah mana yang sakit, aku tunjukklah, sah kata dia ada angin. Dapat 3 jenis ubat yang semuanya berbentuk pil. Habislah...aku mmg tak suka makan ubat pil. Besar2 lak tu. Boleh ker makan ni? Satu ubat bisa,satu ubat pening/loya dan satu lagi ubat angin. Banyak etul dia kasi ubat. Boleh claim banyak kot dari U**M. Dah klinik panel tak perlu aku bayar semua untuk ubat dan test tu.

Sekarang aku dah mula lapar. As usual aku malas masak dalam seminggu ni. Beli lauk jer lepas tu masak nasi. Kejap lagi nak makan... Harap2 sakit perut aku hilang lah lepas ni. Dah lega sedikit sebenarnya....alhamdulillah.

10 Disember 2009

Pagi ini bangun dari tidur, solat subuh, mengaji. Aku rasa lain macam sikit. Rasa macam susah nak bernafas. Senak perut. dari malam tadi, perut rasa lain macam, tak boleh berdiri lama, mesti rasa sakit. Kenapa agaknya?

Bila tidur pun kurang selesa. Aku tak selesa mengiring seperti biasa, meniarap pun tak boleh. Rasa kurang selesa. Hidung pula tersumbat. Hmmm..kenapa anakku? Ada masalah ker? Risau pula hati ini. Bercadang nak ke klinik, tapi SRD sibuk. Tak kan aku nak pergi bersama2 dengan 3 orang kanak2 ribena itu. Rasanya kalau pergi dengan diorang, belum sampai klinik, aku dah pening kepala..huhu.

Rasa mual makin menjadi-jadi. Morning sickness mungkin.

Wednesday, December 9, 2009

9 Disember 2009

Sudah beberapa hari dari tarikh aku buat ujian itu. Malam tadi aku tanya pada SRD bila agaknya aku patut berjumpa doktor. SRD seperti biasa jawab terpulang saja. Aku masih was-was sebenarnya..betul ker ni aku mengandung?..Tapi, tak kanlah alat ujian tu tipu pulak kan. Namu begitu tanda-tanda kehamilan tu aku dah nampak.

Antaranya, aku tak boleh lapar. Bila lapar saja, tekak terasa mual. Aku mula rasa nak muntah. Tapi aku tak boleh makan banyak. Makan banyak pun aku nak muntah. Aku kena kerap makan tapi dalam amaun yang sedikit.

Aku mula rasa malas. Malas nak siapkan semua kerja2 rumah....huhu. Tapi aku terpaksa buat juga. Kalau boleh aku nak relax saja. Boleh ker gitu? Perlukah aku ke doktor lagi untuk pengesahan. Nanti sama juga..dia suruh aku buat ujian air kencing sekali lagi..pas tu kata..Tahniah! Anda mengandung. Kemudian mulalah dia tanya bila firsr day last period aku dan mulalah dia beritahu aku aku dah berapa minggu. ..hehe. Tapi sekurang2nya aku dapat acid folic kan.Hmm..nanti lah dulu.


Monday, December 7, 2009

Permulaan....

6 Disember 2009. Jadual periodku sudah lambat seminggu lebih. Aku berkira2 adakah aku peknen? Sememangnya kami telah merancang kehamilan kali ini untuk beberapa bulan tetapi tak menjadi. Aku ambil keputusan untuk turunkan berat badan sedikit supaya mungkin baru ianya berjaya. Baca dari testimoni mengatakan Jusmate5 dapat membantu untuk kehamilan, aku mencuba. Dah hampir sebulan aku minum Jusmate5 ini.

Dan pada tarikh ini, aku beranikan diri membeli home pregnancy test di farmasi. Sampai di rumah, aku menyimpannya dahulu. Tepat jam 12.30 malam, bila aku dah nak tidur, aku akhirnya menggunakan alat tersebut. Berdebar2 semasa aku menunggu keputusan ujian tersebut. Oh!! Positif rupanya. Hatiku makin berdebar kencang. Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan masa itu. Gembira ada, takut pun ada. Seakan macam anak pertama pula, padahal dah yang ke 4..hehe.

Alhamdulillah..aku tunjukkan keputusan itu pada SRD. Aku tak lihat mukanya. Terus aku masuk bilik semula. SRD dtg melihat aku.

"Ibu tak suka ker?" Macam sedih aje?"
"Eh! Taklah...tak tahu nak cakaplah. Abang suka tak?"
"Mestila suka".

Hmm..alhamdulillah. Kehamilan kali ini memang kami nantikan. Aku gembira akhirnya berjaya.

Sama ada satu kebetulan atau mmg sudah tersurat...Jusmate5 tu membantu ker? Mungkin juga. Baru aku berjaya turunkan 3kg dan 1 inci pada perut ni...nampaknya akan bertambah pula berat dan inci itu kembali. Apa pun aku suka...:D