Bila dah buat scan, terbukti ada kan..seronok sangat. Alia paling seronok, nampak adik dia dalam perut. Abid pun sama ternganga jer tengok..huhu. Alia kata, keciknya adik ibu? Bila dia nak keluar..haha.
Bila dengar bunyi degupan jantungnya diorang lebih rasa excited. Bila dah buat scan ni, tarikh EDD nya berubah . Kandungan aku mengikut scan baru berusia 8 minggu 3 hari. Aku pun sebenarnya ingat2 lupa aku punya tarikh last period hari tu. So, EDD menurut scan jadi 9/8/2010. Huhu...1 Ramadhan tahun ni kalau ikut kalendar jatuh 11/8, maknanya ngam2 nak puasa aku bersalin. Sebulan lah kena ganti puasa ni...huwaaa.
Ok kita tengok gambar scan tadi. Oleh kerana scanner printer aku buat hal, gambar scan baby ni aku ambik guna kameralah. Macam tak berapa clear..tapi oklah tu.
Wahhhhhhhhhhh.. best nya yus. Semoga semuanya selamat dan baik2 sahaja.
ReplyDelete