Thursday, December 31, 2009

31 Disember 09 - Scan pertama

Seperti yang dijanjikan, hari ini aku ada temujanji untuk scan yang pertama bersama Dr Saidatul. Berdebar2 juga tunggu tu. Aku mcm masih was-was sebenarnya, betul ker dalam perut aku ni ada baby...hihi.

Bila dah buat scan, terbukti ada kan..seronok sangat. Alia paling seronok, nampak adik dia dalam perut. Abid pun sama ternganga jer tengok..huhu. Alia kata, keciknya adik ibu? Bila dia nak keluar..haha.

Bila dengar bunyi degupan jantungnya diorang lebih rasa excited. Bila dah buat scan ni, tarikh EDD nya berubah . Kandungan aku mengikut scan baru berusia 8 minggu 3 hari. Aku pun sebenarnya ingat2 lupa aku punya tarikh last period hari tu. So, EDD menurut scan jadi 9/8/2010. Huhu...1 Ramadhan tahun ni kalau ikut kalendar jatuh 11/8, maknanya  ngam2 nak puasa aku bersalin. Sebulan lah kena ganti puasa ni...huwaaa.

Ok kita tengok gambar scan tadi. Oleh kerana scanner printer aku buat hal, gambar scan baby ni aku ambik guna kameralah. Macam tak berapa clear..tapi oklah tu.




Wednesday, December 30, 2009

23 Disember 09

Susulan dari aku asyik rasa nak pitam dan mabuk, aku plan nak terus buat buku merah. Makanya aku ke ke klinik kesihatan Parit Raja hari Rabu tu. Tapi, sampai di klinik, dia kata, nak buat buku baru datang hari Isnin depan...huhu. So, terlanjur dah keluar rumah, dan niat di hati nak jumpa doktor, aku ke PKU.

Sampai sana, aku pun beritahulah masalah aku. Doktor check tekanan darah semua, pernafasan semuanya ok. Takde masalah. Akhir sekali dia ambil darah aku untuk lihat kandungan hemoglobin dalam darah. Keputusannya juga normal. Everything is fine. So, doktor kata, mungkin pembawakan budaklah. Nothing to worries. Lega rasa. Dapat acid folic sekali. Aku tanya dengan dia, ok ker kalau aku buat buku merah Isnin nanti. Doktor kata, nanti dulu. Dia suruh aku datang Khamis 31 Disember untuk buat scan. Lepas scan nanti baru pergi buat buku merah kata dia. Senang nanti, semua maklumat dah lengkap. Hmmm..aku ikut ajerlah. So, tak sabar nak tunggu Khamis untuk scan..hehe.

Tuesday, December 22, 2009

22 December 09

Dari hari Rabu malam di rumah mak di Melaka. Jadi aku tak sempat nak tulis apa2 dalam diari ni. Tiada apa yang baru pun. Cumanya aku tak boleh lapar. Aku rasa setiap satu jam makan, aku akan mula lapar semula. Mesti sentiasa nak mengunyah. Lambat saja masuk makanan dalam mulut, terus rasa mual, mula rasa nak muntah. Hai! Kenapa agaknya. Pulak tu, aku malas betul nak memasak. Masak2 juga, cuma aku lambat-lambat, sbb memang mood nak masak tu takde. Makan pun nak yg masam aje. Kalau dapat tom yam, atau asam pedas, atau asam kacang..nikmatnya rasa. Asyik nak menghirup jer. Satu lagi tak boleh berdiri lama2. Mula terasa nak pitam. Apalah masalah aku peknen kali ini ni.

Aku rasa macam nak pegi buat first antenatal check-up awal pulak. Sebab aku rasa lain macam jer. Atau mungkin memang simptom awal kehamilan yg normal. Baru nak masuk 8 minggu. Aku plan masuk minggu ke 13 baru aku nak pergi buat buku merah tu. Eh! Bila ekk masa paling elok buat first antenatal check-up tu?..huhu. Lupa lak. Yelah doktor klinik An- Nur tu pun cakap kat aku hari tu bulan Jan. So, betullah kan dalam minggu ke 12 atau 13? Hmm...

Klah, aku nak masak sesuatu. Kejap lagi mesti aku lapar lagi.

Tuesday, December 15, 2009

15 Disember 09

Pregnancy kali ini agak berbeza dari yang sebelumnya. Aku agak mabuk. Yang sebelum2 ni, aku takde problem ni. Takde morning sickness atau yg seangkatan dgnya. Biasa aku demam sedikit jer. Tapi kali ini, aku tak demam, tapi mabuknya..aduhai. Bangun pagi jer, mulalah rasa nak muntah jer.

Last weekend, kami ke Melaka. Balik dari Melaka ke Parit Raja, keluarga aku ikut sekali. So, kami naik satu kereta. Ayahku duduk di seat depan, Jadi aku terpaksa duduk di seat belakang. Tapi manalah aku tahu, mabuk aku ni agak teruk. Dalam perjalanan tu dah mula rasa pening. Sepanjang perajalanan, aku asyik menguek jer...haha. Kejap-kejap uwekk..pas tu uwekkk lagi. Mak kata, lain macam jer ko ni. Terus mak kata, aku patut duduk depan. Bila berpindah tempat, barulah aku ok sikit. Agaknya duduk di belakang, goncangnya lebih kuat kot..hehe.

Kadang2 macam rasa baby dah bergerak pulak. Biar betul..baru nak masuk 7 minggu. Atau aku jer yg perasan..dah tak sabar..haha. Apa-apa jerlah. Harap baby aku sihat....aminnn.

Friday, December 11, 2009

11 Disember 09..

Bangun pagi tekak makin rasa mual, pening kepala.Hmmm...

Semalam teringin sangat makan lamb chop. SRD belanja lamb chop di restoran Serambi Rasa. Not so bad, tapi lamb nya besar sangat..tak terhabis aku makan...huhu

SRD belikan ini untuk aku. Susu Anmum Materna untuk ibu2 mengandung. 



Thanks abah...
Dan pagi ini aku dah minumnya satu mug.



Pekat rasanya. Nasiblah aku memang penggemar susu. Kalau siapa yang tak biasa minum susu mesti tak boleh minum punya..hehe




Ini pula rupa ubat yang aku dapat semalam dari klinik An-Nur. 2 jenis yang besar2 tu tak tertelan aku..huwaa.

Thursday, December 10, 2009

10 Disember 09 - 4.40pm

Tiba-tiba aku teringat satu perkara. Perbezaan antara di sini dan sewaktu aku peknen di UK dulu. Al-maklum dah dua kali bersalin di sana..aku dah terbiasa dengan sistem di UK.

Aku teringat, masa mula2 aku dapat tahu aku peknen, buat jer appointment dgn GP(family doktor), dia buat check-up dan aku di sahkan mengandung. Terus dia isi borang untuk appointment aku seterusnya dengan hospital. Selepas daripada itu, aku tunggu jer surat dari Hospital, bila aku patut pergi buat check-up yang pertama, siap dengan tarikh dan masa sekali. Semua tersusun mengikut jadual. Aku suka begitu. Tapi di sini, selepas jumpa doktor klinik panel tadi, aku yang tanya dia, bila patut aku buat check-up pertama, dia kata, dalam bulan Jan dah boleh pergi ke klinik kerajaan untuk buat check-up. Terpulang...hmmmm....sungguh berbeza.

10 Disember 09 - 1.25pm

Akhirnya aku ke klinik An-Nur bersama Alia dan Abid. Aqil tak nak ikut, jadi dia tinggal seorang di rumah. Kepala makin pusing, perut rasa senak. Aku jadi bimbang. Tak boleh jadi harus ke klinik juga.

Sampai di sana, jumpa doktor, aku katalah, aku sakit perut, nak tidur tak selesa, mengiring rasa tak selesa. Mual2 semua. Dia tanya bila last period...hmm as usual. Aku dah siap2 bawak urine aku, so senang nanti. Aku buat macam aku tak tahu. Takpelah..boleh confirmkan. Akhirnya....



jeng..



jeng..



jeng...






Tepat, sama seperti test yang aku buat sendiri di rumah. Aku di sahkan positif peknen lagi. Due date menurut doktor 5/8/2010, tapi mengikut apa yang aku kira di internet 4/8/2010. Dekat2 saja...salah satulah tu kan. Tapi, aku ambil kira yang awal..haha

Lagi sekali, aku kompius kenapa perut aku sakit. Doktor kata, perut aku masuk angin. Dia tanya belah mana yang sakit, aku tunjukklah, sah kata dia ada angin. Dapat 3 jenis ubat yang semuanya berbentuk pil. Habislah...aku mmg tak suka makan ubat pil. Besar2 lak tu. Boleh ker makan ni? Satu ubat bisa,satu ubat pening/loya dan satu lagi ubat angin. Banyak etul dia kasi ubat. Boleh claim banyak kot dari U**M. Dah klinik panel tak perlu aku bayar semua untuk ubat dan test tu.

Sekarang aku dah mula lapar. As usual aku malas masak dalam seminggu ni. Beli lauk jer lepas tu masak nasi. Kejap lagi nak makan... Harap2 sakit perut aku hilang lah lepas ni. Dah lega sedikit sebenarnya....alhamdulillah.

10 Disember 2009

Pagi ini bangun dari tidur, solat subuh, mengaji. Aku rasa lain macam sikit. Rasa macam susah nak bernafas. Senak perut. dari malam tadi, perut rasa lain macam, tak boleh berdiri lama, mesti rasa sakit. Kenapa agaknya?

Bila tidur pun kurang selesa. Aku tak selesa mengiring seperti biasa, meniarap pun tak boleh. Rasa kurang selesa. Hidung pula tersumbat. Hmmm..kenapa anakku? Ada masalah ker? Risau pula hati ini. Bercadang nak ke klinik, tapi SRD sibuk. Tak kan aku nak pergi bersama2 dengan 3 orang kanak2 ribena itu. Rasanya kalau pergi dengan diorang, belum sampai klinik, aku dah pening kepala..huhu.

Rasa mual makin menjadi-jadi. Morning sickness mungkin.

Wednesday, December 9, 2009

Topik Menarik....

Merancang anak lelaki

Dr Hamid Arshat memberikan garis panduan berikut:
  1. Makanan yg berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama dua bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah di galakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga di perlukan.
  2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulasi) adalah penting.
  3. Menukarkan cecair faraj kepada beralkali dengan melakukan douching atau basuh faraj dengan sau alat khas. Sebanyak 20ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang dua jam sebelum melakukan persetubuhan. Cecair bikarbonat (sodium bicarbonate) boleh dibeli dari farmasi.
  4. Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses layering atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embrio yang disahkan lelaki untuk dimasukkan ke dalam rahim. namun kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi dibolehkan jika kelahiran anak perempuan akan menyebabkan penyakit baka/genatik.

Merancang anak perempuan

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut:

  1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam, nanas, cuka, air minuman bergas dan lain-lain. Elakkan daripada memakan makanan laut.
  2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulasi).Jangan bersetubuh selama lima hari mulai dari hari ovulasi yang boleh dikesan dengan ujian-ujian kesuburan.
  3. Melakukan douching dengan menggunakan cecair asid dua jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Bila boleh tahu?
Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantina bayi pada usia kandungan antara lima hingga enam bulan. Ia bergantung pada kromosom mana yang bercantum - XY (anak lelaki) XX (anak perempuan).

Info

Ciri-ciri benih lelaki Y lebih cergas dan laju bergerak tetapi cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Source: Majalah PAMA edisi JAN 2009 m/s 14

9 Disember 2009

Sudah beberapa hari dari tarikh aku buat ujian itu. Malam tadi aku tanya pada SRD bila agaknya aku patut berjumpa doktor. SRD seperti biasa jawab terpulang saja. Aku masih was-was sebenarnya..betul ker ni aku mengandung?..Tapi, tak kanlah alat ujian tu tipu pulak kan. Namu begitu tanda-tanda kehamilan tu aku dah nampak.

Antaranya, aku tak boleh lapar. Bila lapar saja, tekak terasa mual. Aku mula rasa nak muntah. Tapi aku tak boleh makan banyak. Makan banyak pun aku nak muntah. Aku kena kerap makan tapi dalam amaun yang sedikit.

Aku mula rasa malas. Malas nak siapkan semua kerja2 rumah....huhu. Tapi aku terpaksa buat juga. Kalau boleh aku nak relax saja. Boleh ker gitu? Perlukah aku ke doktor lagi untuk pengesahan. Nanti sama juga..dia suruh aku buat ujian air kencing sekali lagi..pas tu kata..Tahniah! Anda mengandung. Kemudian mulalah dia tanya bila firsr day last period aku dan mulalah dia beritahu aku aku dah berapa minggu. ..hehe. Tapi sekurang2nya aku dapat acid folic kan.Hmm..nanti lah dulu.


Monday, December 7, 2009

Permulaan....

6 Disember 2009. Jadual periodku sudah lambat seminggu lebih. Aku berkira2 adakah aku peknen? Sememangnya kami telah merancang kehamilan kali ini untuk beberapa bulan tetapi tak menjadi. Aku ambil keputusan untuk turunkan berat badan sedikit supaya mungkin baru ianya berjaya. Baca dari testimoni mengatakan Jusmate5 dapat membantu untuk kehamilan, aku mencuba. Dah hampir sebulan aku minum Jusmate5 ini.

Dan pada tarikh ini, aku beranikan diri membeli home pregnancy test di farmasi. Sampai di rumah, aku menyimpannya dahulu. Tepat jam 12.30 malam, bila aku dah nak tidur, aku akhirnya menggunakan alat tersebut. Berdebar2 semasa aku menunggu keputusan ujian tersebut. Oh!! Positif rupanya. Hatiku makin berdebar kencang. Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan masa itu. Gembira ada, takut pun ada. Seakan macam anak pertama pula, padahal dah yang ke 4..hehe.

Alhamdulillah..aku tunjukkan keputusan itu pada SRD. Aku tak lihat mukanya. Terus aku masuk bilik semula. SRD dtg melihat aku.

"Ibu tak suka ker?" Macam sedih aje?"
"Eh! Taklah...tak tahu nak cakaplah. Abang suka tak?"
"Mestila suka".

Hmm..alhamdulillah. Kehamilan kali ini memang kami nantikan. Aku gembira akhirnya berjaya.

Sama ada satu kebetulan atau mmg sudah tersurat...Jusmate5 tu membantu ker? Mungkin juga. Baru aku berjaya turunkan 3kg dan 1 inci pada perut ni...nampaknya akan bertambah pula berat dan inci itu kembali. Apa pun aku suka...:D

Salam Permulaan....

Blog ini aku wujudkan sebagai catatan perjalanan proses kehamilanku untuk anak yang ke empat ini. Kami baru saja mengetahuinya. Belum pun di sahkan oleh doktor, tetapi home pregnancy test yang aku buat melalui alat penguji kehamilan yang aku beli di farmasi menunjukkan positif. Aku ingin mencatatkan segala apa yang aku alami dalam proses kehamilanku kali ini kerana aku tidak berpeluang melakukannya untuk anak2 ku yang terdahulu. Sesuatu yang pasti akan menjadi antara kenangan paling manis dalam hidupku. Aku tahu itu, kerana ini bukan kali pertama aku mangalaminya. Semoga aku tidak akan malas untuk terus melakukannya sehingga kelahirannya...aminn.

Selain itu, blog ini juga adalah tempat untuk aku letakkan segala petua2 atau apa saja informasi berguna yang aku jumpa untuk ibu-ibu yang sedang hamil. Semoga ianya akan berguna untuk semua dan sebagai ingatan terhadap aku yang selalu alpa.