Dari hari Rabu malam di rumah mak di Melaka. Jadi aku tak sempat nak tulis apa2 dalam diari ni. Tiada apa yang baru pun. Cumanya aku tak boleh lapar. Aku rasa setiap satu jam makan, aku akan mula lapar semula. Mesti sentiasa nak mengunyah. Lambat saja masuk makanan dalam mulut, terus rasa mual, mula rasa nak muntah. Hai! Kenapa agaknya. Pulak tu, aku malas betul nak memasak. Masak2 juga, cuma aku lambat-lambat, sbb memang mood nak masak tu takde. Makan pun nak yg masam aje. Kalau dapat tom yam, atau asam pedas, atau asam kacang..nikmatnya rasa. Asyik nak menghirup jer. Satu lagi tak boleh berdiri lama2. Mula terasa nak pitam. Apalah masalah aku peknen kali ini ni.
Aku rasa macam nak pegi buat first antenatal check-up awal pulak. Sebab aku rasa lain macam jer. Atau mungkin memang simptom awal kehamilan yg normal. Baru nak masuk 8 minggu. Aku plan masuk minggu ke 13 baru aku nak pergi buat buku merah tu. Eh! Bila ekk masa paling elok buat first antenatal check-up tu?..huhu. Lupa lak. Yelah doktor klinik An- Nur tu pun cakap kat aku hari tu bulan Jan. So, betullah kan dalam minggu ke 12 atau 13? Hmm...
Klah, aku nak masak sesuatu. Kejap lagi mesti aku lapar lagi.
Tuesday, December 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kak yus.. pegi la wat cepat2.. lagi cepat lagi bagus.. kot tekena misi yg kuat membebel kang.. naya je.. hihi..
ReplyDeleteakak nnt cek kat mana..? saya dulu kat klinik desa jelutung tu je.. masa tu menyewa kat tamn universiti tu kan.. senang sket.. tak ramai..
apapun tahniah..! moga cepat ilang mual2 tu n ble enjoy your pregnancy moment.. hihi.. (tape.. kat mesia da senang nak cari makanan.. macam2 ada.. jgn kak yus teringin nak makan lamb sheffield dah le.. eheh)