pregnancy due date

Wednesday, December 30, 2009

23 Disember 09

Susulan dari aku asyik rasa nak pitam dan mabuk, aku plan nak terus buat buku merah. Makanya aku ke ke klinik kesihatan Parit Raja hari Rabu tu. Tapi, sampai di klinik, dia kata, nak buat buku baru datang hari Isnin depan...huhu. So, terlanjur dah keluar rumah, dan niat di hati nak jumpa doktor, aku ke PKU.

Sampai sana, aku pun beritahulah masalah aku. Doktor check tekanan darah semua, pernafasan semuanya ok. Takde masalah. Akhir sekali dia ambil darah aku untuk lihat kandungan hemoglobin dalam darah. Keputusannya juga normal. Everything is fine. So, doktor kata, mungkin pembawakan budaklah. Nothing to worries. Lega rasa. Dapat acid folic sekali. Aku tanya dengan dia, ok ker kalau aku buat buku merah Isnin nanti. Doktor kata, nanti dulu. Dia suruh aku datang Khamis 31 Disember untuk buat scan. Lepas scan nanti baru pergi buat buku merah kata dia. Senang nanti, semua maklumat dah lengkap. Hmmm..aku ikut ajerlah. So, tak sabar nak tunggu Khamis untuk scan..hehe.

3 comments:

  1. di PKU dengan dr saidathul ker? Wahhh azi plak yg tak sabar nak dengar citer selanjut nya dari Yus. Semoga semua sihat.

    ReplyDelete
  2. Ajzie, ha'ah dgn doktor Saidatul. Baik betul dia tu..hehe

    ReplyDelete
  3. Ahha yus Dr Saidatul tuh memang baik sungguh. Dengan azi pun dia baik selalu citer pasal anak2 dia. Selalu bertanya khabar tentang Ammar Haziq. Dan azi selalu minta ubat apa yg Azi mahu dengan dia.. then dia akan advisekan apa yg elok.. dan jikalau ubat tak ada di PKU dia akan info kita di Pharmacy mana boleh dpat dengan harga yg ok. Dr Azah(Klinik Min) tuh jiran@kawan dia. hihihi

    ReplyDelete