Wednesday, June 2, 2010

Check-up 26 Mei dan baby scan 2 Jun

Check-up kali ini nampaknya semuanya semakin baik. Berat aku naik kepada 68kg, tekanan darah ada rendah sikit, tapi still ok, 100/60, Hb misi tak check. Dapat tambahan ubat dan misi dah mula nasihat untuk sediakan semua kelengkapan baby.

Kemudian, pada 2 Jun aku saja gatal pegi buat scan 3D di hospital Pantai. Dapat info dari seorang kawan, kalau nak buat 3D scan di BP ni, kat situ jerlah yg ada. So, aku pujuk SRD bawa aku pergi. Tak sangka, sungguh baik respon darinya...

Sebelum tu, aku dah survey dalam internet, kos untuk buat scan 3D ni, paling murah aku baca, RM60. Ada juga yang mencencah RM180. So purata, dari RM60 hingga RM200 ler. Aku punya pula RM120....so, oklah tu. Nak juga buat 3D scan kan....

Hasilnya.....hehe


2 comments:

  1. alala...jelas muka baby tuh...mancung idung dier

    ReplyDelete
  2. Kak ina:
    Hehe..mancung yer...ibu dia suka tgk SRK tulah kot..hihi

    ReplyDelete